Orang-orang UMNO, PBB atau BN secara keseluruhannya memang sangat perlu belajar sesuatu daripada kehebatan orang-orang PKR dan DAP dalam ilmu 'mencairkan' orang-orang PAS.

Keputusan Majlis Syura PAS hari ini akhirnya memberi jawapan kepada seluruh warga Malaysia bahawa PAS memilih untuk bersama DAP dan PKR.

Walaupun dimaki, dihina, disaman jutaan ringgit, PAS tetap memilih DAP dan PKR.

Walaupun secara peribadi diakui oleh pimpinan PAS serta penyokongnya bahawa PKR dan KETUMnya adalah pelaku maksiat songsang, PAS tetap memilih PKR untuk bersama menumbangkan BN.

Walaupun DAP ternyata berjuang menghapuskan Melayu, Bumiputera dan menentang Hudud, PAS tetap memilih DAP untuk keberkatan perjuangan mereka.

PAS tidak memilih BN untuk bersama menegakkan perjuangan rakyat mungkin kerana sikap orang-orang BN dilihat seperti syaitan; sikap orang-orang DAP dan PKR pula dilihat seperti malaikat.


PAS tidak mahu berjuang bersama BN kerana orang BN belum cukup mantap memaki orang PAS.

Orang BN tak pandai mengampu orang PAS; kerana orang PAS ni perlu dibelai, diampu, dicubit tapi ditiup serta merta; hanya DAP dan PKR tahu teori serta strategi bagaimana memenangi hati orang-orang PAS.

Di Sarawak, YB Chong dan DAP lah yang mahir dalam perkara 'memenangi hati' mana-mana pihak. Kalau tidak mahir, DAP tidak akan berani mengajar Ketua Menteri Sarawak dalam 'ilmu' istimewa ini!

Tolaklah ego; orang BN wajib belajar bagaimana DAP dan PKR mememenangi hati orang-orang PAS walaupun sudah berkali-kali memaki hamun, menghina serta menyaman jutaan ringgit!

Agak-agaknya berapa juta Mek Syabu dapat bila dapat 'selesaikan' isu MB Selangor ni yek?!
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

1 comments:

  1. Otak Pas tak cerdik dan kurang ilmu serta semangat untuk kenegaraan tak ada.

    BalasPadam