“Raja itulah rakyat, rakyat itulah Raja” 
- Dato’ Onn Jaafar

Logo UMNO merupakan imej simetri atau timbal balik. Jika dilihat dari atas ke bawah ialah huruf FA, KAF, MIM, BA, RO (PEKEMBAR: Parti Kebangsaan Melayu Bersatu) dan dari bawah ke atas ialah huruf ALIF, MIM, NUN, WAU (UMNO: United Malay Nation Organization)


Logo ini yang telah dicipta oleh tokoh ilmuan terkenal Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al Attas penuh dengan maksud yang tersirat dan nilai seni yang tinggi menggambarkan kebijaksanaan yang wujud disebalik rekabentuknya. Tafsiran bagi maksud yang tersirat boleh dibuat dari pelbagai sudut dan perspektif masing-masing. Ianya bergantung kepada apa yang ada dalam kotak pemikiran kita. “You see what you believe”.

Bagi anak2 Gayong imej abstrak Merong dan Wangsa adalah perkara biasa yang boleh dilihat seperti yang dipaparkan di gambar logo warna kuning

Logo Gayong yang biasa digunakan oleh Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman menzahirkan Merong dan Wangsa secara abstract. Cuba lihat dengan teliti motif Merong dan Wangsa tersebut.

Bagaimana pula dengan logo UMNO sebuah parti yang sentiasa dimomokkan oleh pengikut parti2 politik yang tidak sehaluan. Jika dilihat secara terperinci logo UMNO juga mempunyai motif Merong dan Wangsa yang wujud secara abstract.


Merong dan Wangsa wujud secara simbolik dalam logo UMNO. Adakah simbolik ini yang dimaksudkan oleh Dato’ Onn Jaafar apabila beliau mengungkapkan kata2 “Raja itulah rakyat, rakyat itulah Raja”. Ramai juga tokoh politik dari jurai keturunan Merong Maha Wangsa yang melibatkan diri dalam UMNO.

UMNO adalah sebuah parti politik yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu dalam mempertahankan agama, bangsa dan Negara. Parti UMNO telah wujud hasil dari pengorbanan keringat, airmata, harta, darah dan nyawa pejuang2 terdahulu. 

Terdirinya UMNO atas berkat perpaduan, kepercayaan, kesabaran dan doa orang yang ikhlas dalam perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan Negara. Berkat doa inilah yang menjadikan UMNO sebuah parti keramat, mereka yang menyeleweng dari prinsip perjuangan asal pasti lambat laun akan kecundang. Sejarah reality telah membuktikan. Awas! Berjuanglah dengan penuh keikhlasan.

JADI BAYANGKAN LAH KENAPA SAYA TERKASIMA BILA LOGO UMNO DI PIJAK SEDANGKAN IA BERASASKAN TULISAN JAWI YANG SUCI
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: